Bilik besar untuk harga kurang dari RM60 semalam. Kebersihan boleh diperbaiki kerana terdapat habuk di kesemua perabot dan rambut di dalam tandas. Jika anda memerlukan air panas sila periksa dahulu pemanas air, kami hanya sedar ianya rosak pada malam hari. Oleh kerana terlalu letih kami tidak turun kebawah berjumpa receptionist untuk menukar bilik. Sila bawa extension plug kerana hanya terdapat 1 plug point sahaja di dalam bilik. Bantal juga berbau kurang menyenangkan. Apa pun masih bilik yang bagus kerana saiznya yang besar, mempunyai meja dan kerusi serta meja sudut, cermin yang besar, alas kaki, tong sampah dan siaran tv fox movies. Juga nice effort kerana menyediakan sarapan percuma berupa kek, roti bakar dan beberapa jenis kopi seawal pukul 7 pagi.